Kelas ICT – Microsoft Words

8 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2018, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran Microsoft Word. Pada kali ini, peserta yang hadir adalah Ahli Jawatankuasa Kampung Paya Jakas yang baru. Jadi kelas ini memfokuskan kepada perkara yang dapat membantu mereka iaitu cara-cara menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Kebanyakan Ahli Jawatankuasa kurang mahir dengan Microsoft Word dan ternyata kelas ini banyak membantu mereka dalam memahami dan menggunakan perisian tersebut. Kelas ditamatkan dengan sedikit tayangan video Sebenarnya.my iaitu Tidak Pasti Jangan Kongsi. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali